Thursday 22 November 2012

Siapakah Syiah?

Assalamualaikum~
Chak! Chak! Chak! :D
hehe.. lama dah tak mengarut di blog ni...
Ana sibuk bha kunun... ari tu ada final exam, baru kunun mau berabes ulang kaji itu ini...
nilah cerita budak zaman skrg~ (adik2 yg sweet, jgn tiru yaa) haha

Kali ni, tak banyak yang ana mau kongsi...
Hanya ada sedikit pengisian...
Ini pun adalah hasil kajian esaimen ana pada sem1 utk bab aqidah :)

Selamat membaca :)

Syiah menurut Bahasa Arab bermakna pembela dan pengikut seseorang.  Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara.  Syiah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.  Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang.  Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yang ada sekarang ini telah diselewengkan, mereka juga mengatakan Allah jahil, imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari nabi dan malaikat, menganggap Ali dan Husein r.a. malah Fatimah r.a sebagai tuhan, bertawaf di Kaabah yang dibina di Karbala, menambahkan kalimah syahadah dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) dan seribu satu kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam.  Inilah perkara utama yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syiah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat.  Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sekarang ini.  Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para ulama di setiap tempat.  Mereka sagat ramai dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
           
            Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang imam dengan ciri-ciri yang tertentu.  Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq.  Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan aqidah-aqidahnya yang melampau.  Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).  Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam mereka.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)


1.2.2   Perbezaan Antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Dalam ajaran Syiah, terdapat pelbagai perbezaan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang boleh membawa kepada kemurtadan.  Perbezaan yang paling ketara sekali adalah dari segi asas akidah seperti rukun Islam dan juga rukun iman.  Rajah berikut merupakan perbezaan yang paling besar sekali antara Syiah dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

·         Rukun Islam
Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Syiah
Mengucap dua kalimah syahadah
Solat
Solat
Puasa
Puasa
Zakat
Zakat
Haji
Haji
Al-wilayah

·         Rukun Iman
Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Syiah
Beriman kepada Allah
At-Tauhid
Beriman kepada malaikat
An-Nubuwwah
Beriman kepada kitab - kitab-Nya
Al-Imamah
Beriman kepada Rasul-Nya
Al-Adlu
Beriman kepada hari akhirat
Al-Ma’ad
Beriman kepada qada’ dan qadar Allah
-
           
Perbezaan yang paling besar dan bahaya sekali antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah kalimah syahadah.  Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya mempunyai dua kalimah syahadah sahaja seperti yang kita sedia maklum, tetapi Syiah mempunyai tiga kalimah syahadah bahkan empat.  Gambar di bawah adalah kalimah syahadah Syiah.

Gambar di bawah ini pula merupakan azan yang dilaungkan oleh golongan Syiah.
           
            Selain itu, terdapat beberapa lagi perbezaan yang sangat besar antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Syiah.  Antaranya ialah mengenai Al-Quran, hadith atau sunnah Rasulullah S.A.W., para sahabat Rasulullah S.A.W., akidah tauhid, perihal melihat Allah S.W.T., perkara-perkara ghaib, keluarga Rasulullah S.A.W., syariat dan hakikat, fiqh, tumpuan taat setia, tipu muslihat (At-Taqiyyah) dan imamah ataupun perintah negara.
           

1.2.3   Golongan dalam Syiah

            Menurut penulisan Muhammad Abdul Hadi Al-Mishri dalam bukunya yang bertajuk Manhaj dan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Syiah mempunyai tiga kelas golongan iaitu golongan pertama, kedua dan ketiga.

            Golongan yang pertama adalah golongan yang mengatakan bahawa Saidina Ali adalah Tuhan.  Ketika Saidina Ali dapat menangkap mereka, Saidina Ali membakar mereka dengan api dan menggali parit-parit untuk mereka di pintu Masjid Al-Kindah.  Telah diriwayatkan bahawa Saidina Ali memberi waktu tiga hari kepada mereka.

            Golongan kedua adalah golongan Syiah yang suka mencaci maki Saidina Abu Bakar dan Umar bin Khathab.  Berita pencaci makian dari Abi Sauda’ tersebut telah diketahui oleh Saidina Ali sehingga Saidina Ali mencarinya.  Ada yang mengatakan bahawa Saidina Ali mencari Abi Sauda’ untuk membunuhnya namun Abi Sauda’ telah melarikan diri.

            Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang digelar Al-Mufadlilah, iaitu mereka yang menganggap Saidina Ali adalah lebih utama berbanding Saidina Abu Bakar dan Umar Al-Khathab.

            Kemudian golongan Syiah terbahagi juga kepada tiga kumpulan iaitu Syiah Imamiyyah, Syiah Zaidiyyah, Syiah Al-Batiniyyah.  Ketiga-tiga golongan ini mempunyai sedikit perbezaan objektif ataupun pegangan namun begitu mereka masih dalam kelompok Syiah yang terpesong dan sangat mendewakan pemimpin.

            Syiah Imamiyyah adalah kumpulan Syiah yang berpendapat jawatan pemimpin umat Islam (imam) hanya layak disandang oleh Ahli al-Bait.  Kumpulan ini mempunyai beberapa aspek yang berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, iaitu :

Ø  mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.

Ø  Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan Ahli al-Bait mengikut urutan

Ø  Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli al-Bait

Ø  Mereka percaya bahawa imam kedua belas mereka iaitu Muhammad al-Mahdi al-Qaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam al-Mahdi

Ø  Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka

Ø  Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu

Kelompok kedua iaitu kumpulan Syiah Zaidiyyah.  Nama tersebut telah diambil sempena nama pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin.  Zaid bin Ali Zainal Abidin adalah cicit kepada Saidina Ali bin Abi Talib. 

Kumpulan ini juga mempunyai perbezaan pegangan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, iaitu :
Ø   mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran

Ø  mereka berpendapat bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti :

·         kemaksuman para imam kecuali Saidina Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husain
·         mereka menolak kepercayaan taqiah

Kumpulan yang ketiga adalah kumpulan Syiah Al-Batiniyyah.  Kumpulan ini dinamakan Syiah Batiniyyah kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mampunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka.  Kumpulan ini adalah kumpulan Syiah yang paling radikal dan sesat.

Pegangan kumpulan ini yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah :
Ø  berpendapat bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan
Ø   berpendapat bahawa imam mereka Muhammad bin Al-Hanafiah masih hidup
Ø  menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.

No comments:

Post a Comment