Monday 15 October 2012

TAUTAN HATI


ASSALAMUALAIKUM~
:')

Semalam, ada seorang wanita yang ana panggil umi ,
mengatakan tentang tautan hati kepada ana dan kawan2...
Umi menceritakan pengalaman umi dengan suami umi... MasyaAllah... sangat tersentuh sebenarnya...
Semalam memang bercerita dari hati ke hati dengan umi... 

" Bila kita berhadapan dengan jodoh kita yang sebenar, kita akan merasa ada debaran dan suatu tanda yang sukar untuk diungkapkan... itulah TAUTAN HATI yang sebenar..."

Subhanallah~ Tersentap seketika... Teringat memori semalam. Kenapa insan itu tidak yakin dengan TAUTAN HATI yang Allah janjikan??? Insan itu begitu mudah menyandarkan cinta yang tak pasti kepada adam itu...  Hinggakan semua kepahitan dirasanya kemanisan... semua keburukan dirasanya kebaikan.. segala-galanya indah buatnya tanpa memandang ke kiri dan kanannya lagi~

Namun, pantai mana yang tidak dipukul ombak? Bumi mana tidak ditimpa hujan? Hati mana yang tidak dirobek pilu? Tidak sempurna kebahagian tanpa merasa dugaan dan cubaan...

" Apabila kita telah jumpa siapa imam kita yang sebenar, perasaan itu tidak akan sekali-kali membuatkan kita lalai... Bila kita ingat dia, automatik kita akan ingat pada Allah...Perasaan itu mendatangkan rasa keinsafan dan kebahagian mencintai Allah... Apabila kita merasakan perasaan ini ketika mencintai seseorang, maka dialah CINTA SEJATI~


" Anakku, bersabarlah dan kuatlah dalam menghadapi masalah hati... Masalah hatilah yang sangat rumit untuk dirungkai oleh hati manusia... Kalau takut, maka berpeganglah dan yakinlah dengan janji Allah... InsyaAllah~
Allah itu Maha Adil... Semua ada rezeki masing-masing... Semua akan dapat yang terbaik... Yang penting, sentiasalah ingat kepadaNYA, menangislah kepadaNYA, mengadulah kepadaNYA, segala-galanya kembalilah kepadaNYA~ "

Titisan airmata yang menyuburkan jiwa itu lebih baik daripada kata-kata 'hikmah' yang bersalut nista dan dusta :')

" Wanita yang baik itu tidak semestinya yang sempurna pada luarnya...
Hawa pada masa kini pelbagai ragam dan cara, seorang lelaki tidak boleh menghukum sifat dan sikap wanita hanya pada gambaran luarnya... Lihatlah hawa-hawa itu dari sudut hati mereka... kerana itulah cermin utama bagi figura mereka dan seterusnya pada luaran mereka~ "

Cinta itu tidak salah... malah ia merupakan satu fitrah dan anugerah buat manusia... Cuma ia bergantung kepada cara bagaimana kita melaksanakannya... Seperti juga makan. Kalau kita makan, ia tidak salah... malah ia adalah harus,,, tetapi kenapa ada orang yang mati, sakit dan sebagainya yang dikenalpasti berpunca daripada makanan?  Hal ini disebabkan tiada kawalan dan juga pemakanan yang tidak sihat. Betul? 
Begitu juga cinta~ Bila kita tidak mengawalnya dan hanya menurut kata nafsu, maka cinta fitrah itu boleh menjadi fitnah...

Kedua-dua hal ini juga ada kaitannya dengan qada' dan qadar Allah... Maka, apapun masalah yang kita hadapi, maka kembalilah kepada Allah... Semua solusi ada padaNYA~
<3  :')


Sunday 7 October 2012

Suasana Tika Itu~

Rindu Senyuman Mereka



Khadlizah, Artini, Azlin, Wahida, Fadillah, Syakila~

Xda da gambar kami bersama... Memory card yang simpan semua kenangan kita sudah tiada :'( Tapi kenangan itu sentiasa terpahat padu di qalbu ana... Rindu sangat mau kumpul dengan dorang... Sekarang kita sudah ada haluan masing-masing...  Sangat pantas waktu berlari meninggalkan kita... Teringat kata-kata pujangga : masa itu tidak menunggu kita, maka kejarlah ia... Masa itu  ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita :)

Sahabat~

Ana ingin bertemu empat mata dengan kalian... Ingin mengucup tangan kalian memohon kemaafan. Telah banyak kekhilafan yang ana lakukan... Kenapa perasaan ini perlu hadir ketika ini? Kenapa tidak ia hadir ketika kita masih bersama dahulu? :'(

Sahabat~

Andai masa boleh diputar kembali, hanya kemanisan ukhwah itu yang ana harapkan... Bukan kemewahan dunia yang ana bentangkan... 

Sahabat~
Berjanjilah dengan ana dan diri kalian bahawa ukhwah yang terjalin jangan diputuskan begitu sahaja... Ana rindu~ Ana rindu dengan suasana tika itu :')


Ya Allah~
Pertemukanlah kami di bawah rahmat dan redha-Mu...
Semoga jalinan kasih tetap terpahat padu di dada kami hingga akhir hembusan nafas ini, ya Allah~

Allahumma Aamin~

Air Mata Lagi...

Ya Allah~ Kuatkanlah hati ini menempuh rintangan yang mendatang... Ya Allah~ Kuatkanlah imanku yang sinipis kulit bawang ini... Ya Allah~ Jauhkanlah aku daripada sifat-sifat mazmumah... Ya Allah~ Aku sentiasa yakin kau sentiasa mendengar luahan hati ini yang sering terganggu dengan noda-noda hitam yang aku cipta sendiri... Ya Allah~ Berilah aku kekuatan menempuh segalanya yang berada di hadapan... Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah~ :')

Trilogi kehidupan :)

hehe... chak! nampak gambar ana situ? nak tahu apa peranan ana? seorang bibik! comeelll kan? haha. tugasan akhir kami untuk sem ni.. huh! xsabar nak abiskan tugasan. lepas tu exam. lps tu balik rumahh~ yippy :P

 Dapat motivasi dari seorang cikgu tadi. hee. Mencari ilmu di mana saja boleh asalkan diri yang bijak mencari ilmu tersebut :)

 InsyaAllah~ Tapi ana sentiasa berdoa agar kedua kaki ini boleh menjejakkan kaki di sana. Walaupun sekali seumur hidup. Ana tidak kisah.. yang penting ana dapat menghirup udara panas padang pasir.. dapat merenung sungai nil yang mengalir merdu.. dapat menatap piramid yang gah berdiri... dan yang paling penting dapat menggenggam ilmu walaupun setitis daripada lautan ilmu yang terbentang luas di situ... :)

Saturday 6 October 2012

Jatuh Bangun Kami Bersama~ hee... tetiba hati ingin mencoret sebuah kisah...sebuah kisah benar :) Teringat sebuah kenangan bersama seorang senior yg sangat cumill lagi baik! Kami kenal tidak lama tapi dia bagaikan seorang kakak, sahabat, teman, pakar motivasi, guru, cikgu, ustazah, adik, dan sebagainya~ Teringat saat dia membangunkan ana tika dinihari... memdengar semua permasalahan hati, menjadi sapu tangan ketika ana sedang bersedih~ menjadi penyokong ana dalam semua usaha yang ana laksanakan... menjadi penasihat kepada semua kesilapan yang ana lakukan... Masih ana ingat ketika mutiara jernih mengalir di pipi mungilnya...mutiara jernih yang terkilan dengan penghukuman manusia duniawi sambil menatap gah pentas yg sepatutnya milikmu... Namun kini, kau telah buktikan kak! Kau juga mampu menyaingi mereka... malah sebenarnya kau lebih drpd mereka :') Sekarang... kami sudah jauh... jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati :) tidak lama lagi kami akan bertambah jauh... beliau akan melanjutkan pengajian di bumi anbia'... yang mana menjadi impian bersama, cuma... ana tidak berpeluang lagi buat masa ini... matanya akan menjadi wakil mataku menatap sungai nil... sungai nil yang bertemu jodohnya di mesir :') kak, ketahuilah.. ana rindu.. ana rindu untuk mendengar nasihatmu, ana rindu mendengar gelak tawamu... ana rindu untuk meminjam bahumu, ana rindu untuk berada di sisimu... ana rindu untuk mendengar ilmumu yang sentiasa kau curah kepada kami, adik2mu... kak, ana rindu~ Ya Allah~ Kau panjangkanlah umur kami... Berilah kami peluang untuk bersama kembali... Bukan kemanisan dunia yang ingin kami rasai tetapi kemanisan ukhrawi yang kami ingin jejaki dan ingin kami kongsi... Semoga ikatan ukhwah ini sentiasa mekar dibajai dengan baja-baja keimanan :')
Teman Seperjuanganku Yang Baru~




Tak pernah kenal korang sebelum ni...
tapi kerana izin Allah kita dipertemukan di IPG~
harap semua dapat terima diri ini...
sama-sama kita mencari jati diri~

Akan aku sediakan sebuah diari hati...
untuk melakar kisah kita di IPG....
harap kasih kekal bersemi...
di bawah payungan redha Ilahi...
MARDAWA ZULAISYA


sekarang kita mungkin terpisah jauh~
tapi ana mahu kalian tahu bahawa kalian sentiasa di hati ana~
ana rindu kalian... :')
ana harap akan ada izin Allah untuk kita berkumpul semula macam dulu...
tika makan minum bersama,
tika ketawa menangis bersama,
ketika meluah bersama,
ketika escape bersama (opss!),
ketika berjalan bersama,
semua kita bersama~
ana rindu saat-saat itu semua...

Ya Allah,
Pertemukanlah kami dalam cahaya kejayaan kami...
semoga ikatan ukhwah ini berkekalan selamanya...
ana sayang mereka Ya Allah :)

sahabat2ku : tiada apa yang mewah ana minta drpd kalian... cuma iringan doa tulus dr qolbi... selama ini ana byk buat salah sama kalian, kalian tetap sabar melayan karenah sahabat kalian ini... syukran sahabat :)