Monday 26 November 2012

Samak kah Sertu? Apa Bezanya?

ASSALAMUALAIKUM~

Neahh~ peah ni muncul lagi.. hihi :D
Ana ada terbaca satu artikel bha sebelum ni yang menceritakan tentang samak,
dan ana juga selalu dengar masyarakat (ana pun cakap juga) selalu kaitkan samak dengan menyucikan najis khinzir dan anjing...
Betulkah???


hehe...
Cik Abang, Cik Kak, dan cik segala cik... :)
tu bukan samak.
Ya kah? Ya meh?
Hentamlah, yaka? yeke? ya meh? banar ka? bergantunglah keselesaan korang~ haha.

Jum selongkar~ Jangan biarkan diri anda diselubungi..... Ah,pulak dahhh~
oke2. Serius 5 minit ^.^

Samak adalah istilah yang digunakan untuk menamakan proses membersihkan atau membasuh kulit bangkai sahaja (tidak termasuk anjing dan khinzir yaa~ :) )

Dalam kitab Fikah Mazhab Syafie,tulisan Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji:

Erti samak adalah:
Membuang segala lendir yang boleh merosakkannya (kulit haiwan) yang ada pada kulit jika ia terus kekal padanya dengan benda atau bahan yang panas dan tajam yang mana sekiranya kita meletakkan kulit tersebut ke dalam air ia tidak lagi akan berbau busuk dan rosak.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

إذا دُبِغَ الإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ

Maksudnya : "Apabila kulit disamak maka sesungguhnya ia telah suci." [ Muslim (366) ]

Kulit yang telah disamak wajib dibasuh semula dengan air disebabkan ubat-ubat yang najis digunakan untuk menyamaknya, atau disebabkan ubat-ubat yang menjadi najis disebabkan terkena kulit sebelum ia menjadi suci :)


Sementara dalam hadith yang lain pulaa :

Daripada Ibnu Abbas, katanya " Hamba abdi dari Maimunnad diberi hadiah seekor kambing yang kemudiaanya kambing itu mati. Maka, Rasulullah S.A.W. lalu di situ sambil berkata, : 'Lebih baik kulitnya diambil dan disamak, sesudah itu dapatlah kamu menggunakannya.' [ Diriwayatkan oleh Muslim ]


Sertu pula adalah istilah yang digunakan bagi proses menyucikan najis mughallazah (najis berat), iaitu najis yang berkaitan dengan anjing dan khinzir.  Cara menyucikan najis berat ini adalah dengan membasuh sebanyak tujuh kali pada tempat yang terkena najis berat tersebut, iaitu sekali dengan air tanah dan enam kali dengan air bersih.  Terdapat hadith yang menerangkan hal ini :

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah S.A.W. menyatakan : " Membersihkan bekas yang dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan pertama dicampur dengan tanah." [ Diriwayatkan oleh Muslim ]


Haaa~ sentap tak??? Bagi yang kecelaruan istilah macam ana ni, bolehlah kita perlahan-lahan menukar istilah ni, kan? hehe... إن شاء الله

Jika ada kesilapan atau penambahbaikan yang perlu (memang sangat perlu dan dialu-alukan) untuk 'coretan mengarut' ana ni... tolong tegur yaa :) bagitau ana yaa...





Saturday 24 November 2012

Si Hati...

Assalamualaikum...

Ana mau kongsi cerita ni..
hehe :)
Entah crta apa ni...
Mengarut ja kalii~ hihi.


Remaja sekarang... Opss~ bukan remaja saja.. lebih tepat lagi adalah belia :)
Cinta~   Cinta???
Tak habis2 pasal cinta kan? Perasan tak? 
Sebab~ cinta itu cinta. Ia fitrah :)
Cinta pada Allah, Rasul, ibu bapa, keluarga, kawan, haiwan, alam dan sebagainya...
Kan fitrah tu? hehe...

Cuma, zaman sekarang ni, bila sebut ja pasal cinta, akal dan fikiran kita akan terus fikir hubungan istimewa antara lelaki dan perempuan. betulkan? hehe. (agak2nya ana jak kali) hihi..
Bila kita semua ditanya tentang cinta mulalah pelbagai pandangan dan hujah yang keluar...
Sesiapapun berhak memberi pendapat,kan? hihi...

Bagi ana kan,,, cinta tu tak salah... langsung tak ada yang salah...
Cuma apa yg membuatnya betul ATAU salah dan boleh jadi hukum haram hanya satu :

CINTA YANG BAGAIMANA?

Cuba tolak tepi pasal cinta sejenak kemudian bandingkan dengan situasi di bawah ni :)

MAKAN!
Makan tu kan hukumnya harus...
Tapi ia boleh jatuh hukum haram, makruh dan sebagainya~
Makan yang harus tu boleh jatuh hukum haram kah?
Bolehhhh~ Siapa kata tak boleh?
Kalau muslim makan daging khinzir atau benda2 yang haram (yg sewaktu dgnnya dan bukan dalam keadaan darurat), kan haram tu... hehe..  kan? kan? kan?
Lepas tu, kalau kita tak jaga pemakanan, tak pentingkan faktor2 kehalalannya, keselamatannya dan sebagainya pun tak elok kan? Walaupun makan tu adalah makan... yang memberikan kita tenaga terus beribadat kepada Allah dan menabur kebaikan di atas muko bomi ini~ hihi

Macam tu lah juga cinta...

Kalau cinta kepada suami yang dulunya ajnabi kita, itu adalah cinta fitrah :)
Nikah itu adalah ibadat... Hatta kita memandang suami/isteri pun juga mendapat pahala...
Bila kita ada teman ataupun yg orang gelar sebagai pelengkap hidup, maka kita akan lebih bersemangat...

TAPIIIII~

Jika cinta fitrah itu sudah dicampur dengan garam angan2, pahitnya nafsu, kelatnya rindu, pedasnya asmara, dan pelbagai lagi perkara yang bertentangan dengan syariat... maka di sinilah pakcik2 bertanduk ketawa bergolek2 tak kering gusi... kalah maharaja lawak mega...
Di sinilah jatuhnya hukum haram... Bila dah melalaikan, merosakkan, melebihkan, mengurangkan, dan sebagainya.. maka, tewaslah kita dengan perangkap syaitan yang direjam!

Datuk, Nenek, Pakcik, Makcik, Abang, Kakak, Adik, Sahabat, Teman, Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri :')

Maaf, ana mungkin sedikit tidak sopan dalam membicarakan hal ini sebab akan ada hati2 yang terasa, kan?
Ana post sebegini bukanlah bermaksud ana suci daripada hal2 ini, ana juga pernah rasa...
Oleh sebab ana pernah mengalaminyalah ana terdetik hati mahu mengarut di sini :)

Memang... Memang perasaan mencintai dan dicintai itu sangat indah...
Sangat indah hingga mata dikaburi segala...
Andai ada yang kata : " Kami bercinta ikut cara Islam "
hehe... Ana hanya mampu tersenyum :)

Datuk, Nenek, Pakcik, Makcik, Abang, Kakak, Adik, Sahabat, Teman, Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri :')
Setakat mana kita mampu manahan godaan :)
Sehebat mana keyakinan kita bahawa kita tidak akan memikirkan dirinya?
Bahkan angan2 kita boleh membawa akal fikiran kita ke arah yang lebih bahaya.
Ada yang akan berfikir bahawa GF/BF nya tu adalah miliknya...
Maaf yaa.. Selagi tidak ada lafaz ijab dan kabul yang sah antara lelaki dan perempuan ajnabi maka selamanya mereka tetap ajnabi...
Maka kita tidak boleh menganggap bahawa si dia adalah milik mutlak kita :)
Selagi tidak ada hijab dan kabul yang sah itu, lelaki dan perempuan yang ajnabi tetap ada batas2 yang perlu dijaga... walaupun sudah bergelar tunang tetapi itu tidaklah menjanjikan apa2... Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, kan?

hehe... Terpulang lah kepada diri masing2 mahu menilai bagaimana...
Cuma dalam menilai jangan diturut kata nafsu kerana dalam Islam, sumber itu hanya ada dua, iaitu :
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Bila kita menggunakan akal fikiran dalam menilai dan membuat hukum (lebih cenderung kepada nafsu dan kepentingan diri sendiri) maka, kita sudah tergolong dalam arus pemikiran Muktazillah yang lebih mengutamakan akal fikiran berbanding wahyu :)
Maka, berhati-hatilah ~ :)

Jangan sampai cinta fitrah menjadi cinta fitnah :)


# : Jika ada kesalahan pada coretan mengarut ni, tolong bagitau yaa... Jika ada yang kurang, tolong bagitau dan ana akan buat part 2... in shaa Allah :) Mari sama2 kongsi ilmu... syukran ^_^




Thursday 22 November 2012

Siapakah Syiah?

Assalamualaikum~
Chak! Chak! Chak! :D
hehe.. lama dah tak mengarut di blog ni...
Ana sibuk bha kunun... ari tu ada final exam, baru kunun mau berabes ulang kaji itu ini...
nilah cerita budak zaman skrg~ (adik2 yg sweet, jgn tiru yaa) haha

Kali ni, tak banyak yang ana mau kongsi...
Hanya ada sedikit pengisian...
Ini pun adalah hasil kajian esaimen ana pada sem1 utk bab aqidah :)

Selamat membaca :)

Syiah menurut Bahasa Arab bermakna pembela dan pengikut seseorang.  Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara.  Syiah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.  Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang.  Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yang ada sekarang ini telah diselewengkan, mereka juga mengatakan Allah jahil, imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari nabi dan malaikat, menganggap Ali dan Husein r.a. malah Fatimah r.a sebagai tuhan, bertawaf di Kaabah yang dibina di Karbala, menambahkan kalimah syahadah dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) dan seribu satu kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam.  Inilah perkara utama yang membezakan golongan Syiah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syiah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat.  Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sekarang ini.  Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para ulama di setiap tempat.  Mereka sagat ramai dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
           
            Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang imam dengan ciri-ciri yang tertentu.  Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq.  Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan aqidah-aqidahnya yang melampau.  Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).  Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam mereka.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)


1.2.2   Perbezaan Antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Dalam ajaran Syiah, terdapat pelbagai perbezaan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang boleh membawa kepada kemurtadan.  Perbezaan yang paling ketara sekali adalah dari segi asas akidah seperti rukun Islam dan juga rukun iman.  Rajah berikut merupakan perbezaan yang paling besar sekali antara Syiah dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

·         Rukun Islam
Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Syiah
Mengucap dua kalimah syahadah
Solat
Solat
Puasa
Puasa
Zakat
Zakat
Haji
Haji
Al-wilayah

·         Rukun Iman
Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Syiah
Beriman kepada Allah
At-Tauhid
Beriman kepada malaikat
An-Nubuwwah
Beriman kepada kitab - kitab-Nya
Al-Imamah
Beriman kepada Rasul-Nya
Al-Adlu
Beriman kepada hari akhirat
Al-Ma’ad
Beriman kepada qada’ dan qadar Allah
-
           
Perbezaan yang paling besar dan bahaya sekali antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah kalimah syahadah.  Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya mempunyai dua kalimah syahadah sahaja seperti yang kita sedia maklum, tetapi Syiah mempunyai tiga kalimah syahadah bahkan empat.  Gambar di bawah adalah kalimah syahadah Syiah.

Gambar di bawah ini pula merupakan azan yang dilaungkan oleh golongan Syiah.
           
            Selain itu, terdapat beberapa lagi perbezaan yang sangat besar antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Syiah.  Antaranya ialah mengenai Al-Quran, hadith atau sunnah Rasulullah S.A.W., para sahabat Rasulullah S.A.W., akidah tauhid, perihal melihat Allah S.W.T., perkara-perkara ghaib, keluarga Rasulullah S.A.W., syariat dan hakikat, fiqh, tumpuan taat setia, tipu muslihat (At-Taqiyyah) dan imamah ataupun perintah negara.
           

1.2.3   Golongan dalam Syiah

            Menurut penulisan Muhammad Abdul Hadi Al-Mishri dalam bukunya yang bertajuk Manhaj dan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Syiah mempunyai tiga kelas golongan iaitu golongan pertama, kedua dan ketiga.

            Golongan yang pertama adalah golongan yang mengatakan bahawa Saidina Ali adalah Tuhan.  Ketika Saidina Ali dapat menangkap mereka, Saidina Ali membakar mereka dengan api dan menggali parit-parit untuk mereka di pintu Masjid Al-Kindah.  Telah diriwayatkan bahawa Saidina Ali memberi waktu tiga hari kepada mereka.

            Golongan kedua adalah golongan Syiah yang suka mencaci maki Saidina Abu Bakar dan Umar bin Khathab.  Berita pencaci makian dari Abi Sauda’ tersebut telah diketahui oleh Saidina Ali sehingga Saidina Ali mencarinya.  Ada yang mengatakan bahawa Saidina Ali mencari Abi Sauda’ untuk membunuhnya namun Abi Sauda’ telah melarikan diri.

            Golongan yang ketiga pula ialah golongan yang digelar Al-Mufadlilah, iaitu mereka yang menganggap Saidina Ali adalah lebih utama berbanding Saidina Abu Bakar dan Umar Al-Khathab.

            Kemudian golongan Syiah terbahagi juga kepada tiga kumpulan iaitu Syiah Imamiyyah, Syiah Zaidiyyah, Syiah Al-Batiniyyah.  Ketiga-tiga golongan ini mempunyai sedikit perbezaan objektif ataupun pegangan namun begitu mereka masih dalam kelompok Syiah yang terpesong dan sangat mendewakan pemimpin.

            Syiah Imamiyyah adalah kumpulan Syiah yang berpendapat jawatan pemimpin umat Islam (imam) hanya layak disandang oleh Ahli al-Bait.  Kumpulan ini mempunyai beberapa aspek yang berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, iaitu :

Ø  mereka beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu.

Ø  Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan Ahli al-Bait mengikut urutan

Ø  Mereka menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli al-Bait

Ø  Mereka percaya bahawa imam kedua belas mereka iaitu Muhammad al-Mahdi al-Qaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam al-Mahdi

Ø  Mereka beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka

Ø  Mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu

Kelompok kedua iaitu kumpulan Syiah Zaidiyyah.  Nama tersebut telah diambil sempena nama pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin.  Zaid bin Ali Zainal Abidin adalah cicit kepada Saidina Ali bin Abi Talib. 

Kumpulan ini juga mempunyai perbezaan pegangan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, iaitu :
Ø   mereka berpendapat kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran

Ø  mereka berpendapat bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah mereka juga menolak pendapat syiah lain seperti :

·         kemaksuman para imam kecuali Saidina Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husain
·         mereka menolak kepercayaan taqiah

Kumpulan yang ketiga adalah kumpulan Syiah Al-Batiniyyah.  Kumpulan ini dinamakan Syiah Batiniyyah kerana pandangan mereka yang menganggap al-Quran mampunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka.  Kumpulan ini adalah kumpulan Syiah yang paling radikal dan sesat.

Pegangan kumpulan ini yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah :
Ø  berpendapat bahawa Saidina Ali dan imam-imam mereka yang lain sebagai tuhan
Ø   berpendapat bahawa imam mereka Muhammad bin Al-Hanafiah masih hidup
Ø  menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.