Monday 15 October 2012

TAUTAN HATI


ASSALAMUALAIKUM~
:')

Semalam, ada seorang wanita yang ana panggil umi ,
mengatakan tentang tautan hati kepada ana dan kawan2...
Umi menceritakan pengalaman umi dengan suami umi... MasyaAllah... sangat tersentuh sebenarnya...
Semalam memang bercerita dari hati ke hati dengan umi... 

" Bila kita berhadapan dengan jodoh kita yang sebenar, kita akan merasa ada debaran dan suatu tanda yang sukar untuk diungkapkan... itulah TAUTAN HATI yang sebenar..."

Subhanallah~ Tersentap seketika... Teringat memori semalam. Kenapa insan itu tidak yakin dengan TAUTAN HATI yang Allah janjikan??? Insan itu begitu mudah menyandarkan cinta yang tak pasti kepada adam itu...  Hinggakan semua kepahitan dirasanya kemanisan... semua keburukan dirasanya kebaikan.. segala-galanya indah buatnya tanpa memandang ke kiri dan kanannya lagi~

Namun, pantai mana yang tidak dipukul ombak? Bumi mana tidak ditimpa hujan? Hati mana yang tidak dirobek pilu? Tidak sempurna kebahagian tanpa merasa dugaan dan cubaan...

" Apabila kita telah jumpa siapa imam kita yang sebenar, perasaan itu tidak akan sekali-kali membuatkan kita lalai... Bila kita ingat dia, automatik kita akan ingat pada Allah...Perasaan itu mendatangkan rasa keinsafan dan kebahagian mencintai Allah... Apabila kita merasakan perasaan ini ketika mencintai seseorang, maka dialah CINTA SEJATI~


" Anakku, bersabarlah dan kuatlah dalam menghadapi masalah hati... Masalah hatilah yang sangat rumit untuk dirungkai oleh hati manusia... Kalau takut, maka berpeganglah dan yakinlah dengan janji Allah... InsyaAllah~
Allah itu Maha Adil... Semua ada rezeki masing-masing... Semua akan dapat yang terbaik... Yang penting, sentiasalah ingat kepadaNYA, menangislah kepadaNYA, mengadulah kepadaNYA, segala-galanya kembalilah kepadaNYA~ "

Titisan airmata yang menyuburkan jiwa itu lebih baik daripada kata-kata 'hikmah' yang bersalut nista dan dusta :')

" Wanita yang baik itu tidak semestinya yang sempurna pada luarnya...
Hawa pada masa kini pelbagai ragam dan cara, seorang lelaki tidak boleh menghukum sifat dan sikap wanita hanya pada gambaran luarnya... Lihatlah hawa-hawa itu dari sudut hati mereka... kerana itulah cermin utama bagi figura mereka dan seterusnya pada luaran mereka~ "

Cinta itu tidak salah... malah ia merupakan satu fitrah dan anugerah buat manusia... Cuma ia bergantung kepada cara bagaimana kita melaksanakannya... Seperti juga makan. Kalau kita makan, ia tidak salah... malah ia adalah harus,,, tetapi kenapa ada orang yang mati, sakit dan sebagainya yang dikenalpasti berpunca daripada makanan?  Hal ini disebabkan tiada kawalan dan juga pemakanan yang tidak sihat. Betul? 
Begitu juga cinta~ Bila kita tidak mengawalnya dan hanya menurut kata nafsu, maka cinta fitrah itu boleh menjadi fitnah...

Kedua-dua hal ini juga ada kaitannya dengan qada' dan qadar Allah... Maka, apapun masalah yang kita hadapi, maka kembalilah kepada Allah... Semua solusi ada padaNYA~
<3  :')


No comments:

Post a Comment