Monday 26 November 2012

Samak kah Sertu? Apa Bezanya?

ASSALAMUALAIKUM~

Neahh~ peah ni muncul lagi.. hihi :D
Ana ada terbaca satu artikel bha sebelum ni yang menceritakan tentang samak,
dan ana juga selalu dengar masyarakat (ana pun cakap juga) selalu kaitkan samak dengan menyucikan najis khinzir dan anjing...
Betulkah???


hehe...
Cik Abang, Cik Kak, dan cik segala cik... :)
tu bukan samak.
Ya kah? Ya meh?
Hentamlah, yaka? yeke? ya meh? banar ka? bergantunglah keselesaan korang~ haha.

Jum selongkar~ Jangan biarkan diri anda diselubungi..... Ah,pulak dahhh~
oke2. Serius 5 minit ^.^

Samak adalah istilah yang digunakan untuk menamakan proses membersihkan atau membasuh kulit bangkai sahaja (tidak termasuk anjing dan khinzir yaa~ :) )

Dalam kitab Fikah Mazhab Syafie,tulisan Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji:

Erti samak adalah:
Membuang segala lendir yang boleh merosakkannya (kulit haiwan) yang ada pada kulit jika ia terus kekal padanya dengan benda atau bahan yang panas dan tajam yang mana sekiranya kita meletakkan kulit tersebut ke dalam air ia tidak lagi akan berbau busuk dan rosak.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

إذا دُبِغَ الإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ

Maksudnya : "Apabila kulit disamak maka sesungguhnya ia telah suci." [ Muslim (366) ]

Kulit yang telah disamak wajib dibasuh semula dengan air disebabkan ubat-ubat yang najis digunakan untuk menyamaknya, atau disebabkan ubat-ubat yang menjadi najis disebabkan terkena kulit sebelum ia menjadi suci :)


Sementara dalam hadith yang lain pulaa :

Daripada Ibnu Abbas, katanya " Hamba abdi dari Maimunnad diberi hadiah seekor kambing yang kemudiaanya kambing itu mati. Maka, Rasulullah S.A.W. lalu di situ sambil berkata, : 'Lebih baik kulitnya diambil dan disamak, sesudah itu dapatlah kamu menggunakannya.' [ Diriwayatkan oleh Muslim ]


Sertu pula adalah istilah yang digunakan bagi proses menyucikan najis mughallazah (najis berat), iaitu najis yang berkaitan dengan anjing dan khinzir.  Cara menyucikan najis berat ini adalah dengan membasuh sebanyak tujuh kali pada tempat yang terkena najis berat tersebut, iaitu sekali dengan air tanah dan enam kali dengan air bersih.  Terdapat hadith yang menerangkan hal ini :

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah S.A.W. menyatakan : " Membersihkan bekas yang dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan pertama dicampur dengan tanah." [ Diriwayatkan oleh Muslim ]


Haaa~ sentap tak??? Bagi yang kecelaruan istilah macam ana ni, bolehlah kita perlahan-lahan menukar istilah ni, kan? hehe... إن شاء الله

Jika ada kesilapan atau penambahbaikan yang perlu (memang sangat perlu dan dialu-alukan) untuk 'coretan mengarut' ana ni... tolong tegur yaa :) bagitau ana yaa...





No comments:

Post a Comment