Tuesday 28 May 2013

Puasa Vs Cinta???



Assalamualaikum :)
Senyum, tak perlu kata apa-apa ^_^

Hari ini ana mau mengarut. Ana baru dapat cerita baru...
BANANANA~

Alhamdulillah,, hari ini ana diberi kekuatan untuk menyertai usrah dan dapat 'bugem' (bulatan gembira) yang baru.. yeaaahh~
Satu program yang amat simple namun pengisiannya sungguh bermakna :')

Besalah, dalam program yang macam tu pengisian tu hampir sama ja. Tapi,tapi,tapi~
Tadi baru ana mendapat kefahaman kenapa Allah menyuruh kita untuk berpuasa jika kita tak mampu untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri :)
Agak sweet kakak naqibah tu tadi membicarakan tentang cinta yang sebenar cinta.

"Cinta itu indah. Malah teeeerrrrsangaaat indah. Cinta itu adalah fitrah manusia tanpa mengira agama, bangsa, darjat dan sebagainya. Islam datang bukan untuk mencantas fitrah cinta tapi adalah untuk mengajar kita bagaimana untuk mengurus fitrah cinta kita pada saluran yang betul dan semestinya diredhai Allah :)"

"Apa sebenarnya cinta yang baik dan apa sebenarnya cinta yang buruk?- Cinta adalah cinta! Jika kita bercinta cara halal, maka halal lah ia, jika kita bercinta cara haram, maka haramlah ia"
Just simple! Make it easy!

" Apa tu cinta halal? perlu ada pengesahan daripada jakim or perlu ada cap halal ka?"
NO!
Tak perlu susah-susah :) Minta pengesahan daripada wali saja :)

Haha, ni dah lebih mengarut dah ana ni. haha. oke,cenggini...

Fenomena couple ini sudah biasa lah buat kita ni. Pergi mana pun ada ja pasangan couple kan?
Tapi nak tau tak? Couple ni bukanlah satu fenomena biasa, tapi sangat2 luar biasa!
Kenapa?
Sebab dalam Islam ada nikah ja, mana ada couple. So, dari mana sebenarnya menatang couple ni datang?
haha. Mudah jerr~ Sangat mudah! Dari Syaitan :)
Jeng Jeng Jeng~ Jangan sentap.

"Kenapa pula? Sedangkan itu fitrah manusia yang berkeinginan untuk mencintai dan dicintai. Aish! Tak faham betullah aku dengan kau ni!"

Yeah,betul,memang betul itu fitrah. Tapi perlu diingat, fitrah itu perlu ada satu kaedah pengurusan yang betul supaya tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar. Sebab itulah kenapa datangnya Islam. Islam ingin memperbetulkan aqidah kita. Sebab itulah Islam mensyariatkan nikah :)
Allah yang cipta fitrah itu, Allah juga yang mencipta jalan untuk kita mengurus fitrah itu.
Iaitu dengan nikah.
Allah Maha mengetahui segala sesuatu kerana ciptaan sebesar-besar zarah pun adalah ciptaan-NYA :)
Apatah lagi perasaan fitrah ni. Allah Maha Mengetahui. So, jangan risaulah. 

"Hang gila apa? Hidup pun minta duit mak bapak. Elaun lagi. Ada hati nak kawen. Couple lah dulu. Kawen tu nanti-nanti ja bila dah ready. Bila dah mampu"

Haaaa~ sebab nilah kenapa Allah perintahkan kita untuk berpuasa bagi yang tidak mampu untuk menikah lagi. Setiap masalah ada solusinya. Allah kan Maha Bijaksana! Subhanallah!

"Apa kaitan puasa dengan couple pastu nikah?Peliknya. Kenapa cinta tak dikaitkan dengan couple? Kan lebih hampir kepada nikah? Kenapa puasa?"

Kalau ditanya tentulah kerana ingin menahan nafsu. Puasa kan menahan nafsu kita daripada makan, minum, mengumpat, berzina etc. Pendek kata menahan nafsu kita daripada melakukan sesuatu yang tidak baiklah. Puasa kan boleh melatih kita untuk bersabar dan menahan nafsu. Ada kaitan kan? Sebab couple tupun merupakan satu bentuk nafsu. Antaranya, nafsu ingin mencintai dan dicintai. Tapi salurannya ini sudah salah kerana kita mencintai dan menyintai seseorang yang belum halal lagi buat kita.

Betulkan? Ini kan jawapan yang selalu kita dengar. Subhanallah! Excellent! 
Tapi ana ada mau tambah sikiiiiit~
Ini pun ringkasan daripada kata-kata kakak2 fasi usrah tadi. hehe.
Kantoiii~

Selain menahan nafsu, ada lagi kaitan cinta ni dengan puasa. Curious tak nak tahu? hoho.

"Nikah ni nikmatnya seperti kita sedang berbuka puasa. Bayangkan, kita dalam keadaan berpuasa. Semua kita mahu bila kita berjalan-jalan di bazaar. Nak tunggu waktu tu lagi punyalah seksa. Namun bila sudah masuk waktu, kita teguk segelas air kegemaran kita, fuuuuuhhhh~ Nikmatnyaa!!!"

Cuba kita letakkan situasi kita dalam keadaan berpuasa. Kita menahan diri daripada couple yang memberi jalan kita untuk mendekati zina. Kita berjalan-jalan di bazaar umpama kita menjalani kehidupan seharian kita yang penuh dengan godaan dunia. Kita menunggu masa berbuka umpama kita menunggu saat yang tepat yang telah Allah tetapkan untuk kita nikah. Bila sudah tiba masa kita berbuka dan kita teguk minuman kegemaran kita umpama kita merasa nikmat indahnya bercinta selepas nikah.
Subhanallah! Indahnya perancangan Allah!

Yaa Akhawat :)
Keindahan Islam itu telah Allah ciptakan semata-mata untuk kita. Untuk kita hambanya. Atas dasar apa lagi kita ingin menolak dan menafikannya dengan berterusan meningkari suruhannya?
Memanglah mujahadah itu pahit, kerana Allah telah menyediakan syurga yang teraaaammmmatt manis sebagai hadiahnya :')
Baik tak Allah? Allah tak kejam, malah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah sangat cemburu kepada kita apabila kita lebin mencintai sesuatu daripada DIA... 
Jangan sampai Allah murka kepada kita dan terus menarik segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita. Hatta sehembusan nafas itu juga nikmat. FOC = free of charge!


Hehe. Minta maaf yaa :) Ana cuma menyampaikan apa yang ana dapat daripada apa yang ana dengar. Jika ada kesalahan, cepat-cepat tegur yaa. 


Assalamualaikum~



2 comments:

  1. puasa vs cinta :) awesomee! im looking further! teruskan! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkioooss kak dilaa. nti tlg bagi input idea ar. lama suda bcadang mau buat cerpen gaya2 tanah arab gitu. hihi

      Delete