Tuesday 28 May 2013

Aku juga punya mata hati~

Assalamualaikum...

Sudah agak lama juga ana tidak mengarut kat dada blogger ni...
Adalah dalam 5 bulan.. Fuyooooo~~
Santai gilerr.. lima bulan tuuuuhhh~
HHEHE~ (sengih macam kerang tak cukup basi) hoho.

okeh, okeh~
Ana mengaku khilaf ana. sibukkan diri dengan benda lain.
Benda apa tu Haida oiiitt?
Aish! Esaimen laaa.. awokkk nii... tak baik su'u zhon tau -_-
banar kah tuuu?
awukk.. banar tah laii...
iya meh?
kachik! kachik! (mata si Haida kelip-kelip. lalu mulutnya ditarik ke kiri ke kanan. membentuk senyuman menawa*) ohok! ohok! tu tak masuk skrip tu. tu just tambahan anak jin ifrit yang duk menggoda ana nak beratkan timbangan sebelah kiri ni. ahaha! kesian kau anak jin. kau pula yang dipersalahkan. ngeehehe.

Biasalah tu (kalau tak buat dari dulu, xdanya jadi benda yang biasa,Haida) remaja darah muda. 
Movie, novel, komik, fb dan segala bagai benda2 alergik ni sinonim jak dengan kami yang berjiwa remaja. Ehem! Eham!
Ops!!! Bukan kami tapi ana. haha.
Kot2 ana jak yang ada tabiat luar alam lagi tidak bertamadun ni. hahaha.

Si Haida ni...
minat laa sangat dengan novel, komik, sedekah masa untuk tengok movie dan drama ( korea n Jepun opkossnyaa~)
Dalam kepala ni hanya tahu sedekah masa untuk benda2 macam tu saja. Takdanya diwaqafkan untuk sebarang benda yang berfaedah.

Haida 1 : eh! eh! sesedap maggi tom yam jak ko kutuk diri sendiri.
Haida 2 : Aik? Bukannya benda betulkah?
Haida 1 : Sapa kata takda buat kerja berfaedah langsung? Adalah..
Haida 2 : Adakah? Cuba sebut dulu..
Haida 1 : em.. baca buku agama. buka blog org lain cari tahu pasal agama. cerita atau tanya kawan2 pasal agama. em.. ada lagi tapi terlebih telan semut kot. Lupa! hehe! (maaf en.semut)
Haida 2 : Ish! Ish! Memanglah ada. Tapi semua tu untuk exam kan?
Haida 1: Gulp! Gulp! Gulp! Eh? Amacam ko boleh tau pula ni?
Haida 2 : Sebab kita ni sama. Tinggal tempat yang sama. Kita nilah hati kepada Haida yang dok menaip tu (macam mau tercabut sejja tu keybod. Amboi, bunyi menaip. macam tak sayang laptop)

Haida sebenar : Kot2 lah ada orang mau sedekah duit untuk belikan ana laptop baru lepas tengok Baby Samsung ana yang dah mulai sakit-sakit ni. hoho.

Aish! terus jakla ke pangkal jalan. Ana sebenarnya nak kongsi satu rasa. dan dalam rasa tu ada pelbagai jenis rempah ratus (tak pun sampai seratus) yang bergaul menjadi satu. 

Aku juga punya mata hati :')
Sungguh dalam sebenarnya maksud yang bertapuk (bersembunyilah) di sebalik ayat tu.

Siapa yang tak jeles tengok kawan2 lebih banyak pengetahuan pasal agama?
Siapa yang tak iri melihat teman2 lebih banyak tahu riwayat2 para nabi dan rasul, para sahabat, para abid dan sebagainya?
Siapa yang tidak cemburu melihat teman2 lebih banyak menghafal ayat2 al-Quran, Hadith, kata2 para mujahid Islam amnya?
Siapa yang tak terkebil-kebil mendengar teman2 berbahasa Arab seperti air terjun mengalir dari atas bukit ke batu? (chewah!) 

Ya! Ana sudah tentu sangat iri. kenapa?
Sebab ana tidak begitu mendalami dan menghayati. 
Lagi satu, (ntahla) ana ada masalah ingatan sikit. hihi (bole terima ka alasan cucur udang ni? haha)

Ntalah... Hati kotor sangat kot. Fikiran ni asyik nak menggoda buat dosa saja tiap hari. Ada saja mau terasa dengan kata2, pandangan, jelingan dan segala bagai daripada orang lain. hemm~

Maaf teman2 :(
Mesti tak tercapai dek akalmu mengenali teman seperti si Haida ini. Perubahan angin monsun tak tentu pasal, kadang kala jadi pendiam tahap bisu, kata2 pedas seperti baru telan cili bertan-tan, kadang kala ketawa seperti dunia Haida dah sewa. hehe.

Tapikan, tapikan~
Ana ni sebenarnya ada juga degilnya, kerasnya. hihi. memang bukan jenis wanita "baik bang" "iya bang" macam dalam wayang xisteri2ku gengster tu. hihi. Brutal2 ana ni (brutal laaa sangat~) masih ada juga perasaan ingin dimanja oleh keluarga dan teman2. Dimanja tu merujuk kepada difahami yaa adik2. hoho. Mungkin teman2 berniat baik nak merubah ana kepada muslimah sejati (tak gitu?) Tapi, kepada orang yang keras macam batu kat Batu Pahat tu (apa kaitan?), mungkin kami memerlukan pendekatan yang agak brutal juga kot? Ntahlaa.. Memang sah, terang lagi b'spotlight, hati ni dah kotor sangat. (Astaghfirullah al'azim) Ana memang tak makan saman kalau teguran spesis sindir2 ni. hihi. (Maaf andai ada yang terasa) Tidak perlulah di pasang ceramah segala bagai ketika ana sedang sakan bercerita dengan teman lain mengenai hal2 duniawi. Cukup dengan berkata yang elok2 (gaya brutal lagi diterima). Tidak perlulah dijajah dan dicanang cerita ana (cerita lama khususnya) kepada orang lain sehingga menjemput orang lain bersama-sama memberi jelingan maut kat Haida yang lemah ni.

hemm.. Ana tak berani kongsi lebih2. Cukup sekadar sipih2 bahasa mengeluarkan bahasa dari jiwa. Takut pula post ini membawa kepada hal yang buruk. (Nauzubillah!) Mungkin ana ini tidak sealiran pemikiran ataupun cara dengan sebahagian teman yang lain tapi kita ini seakidah (insyaAllah!). tidak perlulah dikata diri ini sekular, plural, dan pelbagai virus isme2 tu. Nta, ada atau tidak haq ana untuk berkata begini : "usah dilihat luaran orang lain. Jangan dihukum perbuatan orang lain andai diri sendiri itu masih bergelar dan masih mahu digelar hamba. Hamba kepada Allah tentunya.

Teringat kata-kata seorang sahabat yang banyak sekali membantu, memberi ana pandangan, memberi ana sokongan ketika sebahagian sahabat lain seolah-olah sudah bosan dengan ana. kata2nya berbunyi begini (adala ana edit sedikit, tapi maksud tetap sama): Haida perlu ingat, setiap kata2 yang lahir dari mulut kita ini adalah tanggungjawab kita. tidak mustahil apa yang kita pernah tegur orang lain itu pula akan diuji kepada diri kita. Jika ingin nasihat orang lain, nasihatlah seadanya. Biar sederhana asalkan ada impaknya.

Ya Sahabat! Ana sentiasa menyemat di lipatan hati setiap kata2 semangatmu ketika ana pernah jatuh tersungkur dan hampir saja mengalah menyerah. 

Tidak! Bukan!
Tidak sama sekali ana mendoakan bahawa apa yang teman2 katakan pada ana akan berbalik kepada kalian.
Bukan niat ana untuk menakut-nakutkan atau membalas kembali apa yang telah terjadi kepada diri ana kepada diri kalian.

Cukuplah sekadar perkongsian agar kita sentiasa sama2 beringat. Beringat bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Allah. Sama ada ana atau kalian, kita hanyalah wasilah dalam perancangan Allah. Perancangan apa? Biarlah Allah sahaja yang mengetahui.

Sob sob sob :'(
Aik? Kenapa awal2 tadi ceria saja lebih, last2 agak meruntun jiwa raga pula. huhu. kunun.
Bah, sudahlah. Takut pula ada empangan pecah. Banjir karang, tak banyak kontraktor yang mampu membaikinya.
(kerana Haida ni sangatlaa cerewet dalam pemilihan orang yang boleh memujuknya) hihi.

Orait. Ana susun sepuluh jari memohon kemaafan. Maaf, banyak salah silap ana selama ini. Semoga Allah terus membuka hati2 kita ini kepada kebenaran dan menerangi hati gelap ini dengan nur hidayah-Nya. Aamiin 44x. hahax.

Tak apa, semua ni akan berlalu juga...
(Aplikasi kata2 untuk minggu menghadap demam esaimen) hihi.

Roger n out! Assalamualaikum~~




No comments:

Post a Comment