Saturday 8 December 2012

Dosaku Di Malam Pertama

Ya Allah~
Syahdu hatiku... Akhirnya suamiku melafazkan kata yang begitu aku tunggu2...
Aku terima nikahnya, Nurhai~~~
Air mata menderu laju membelah rasa sedih dan gembira...
Akhirnya kami bersatu dengan izinMU...
Terima kasih Ya Allah...
Akhirnya dapat juga aku memenuhi satu lagi sunnah dalam hidupku... Alhamdulillah~

Tetamu sudah memenuhi ruang kanopi...
Pelamin yang dihiasi dengan warna pilihanku dan suamiku tersergam indah...
Mulut tetamu tidak henti-henti memuji keindahan di hadapan mata...
Aku dan suamiku diiringi si cilik yang kelihatan begitu comel menabur kuntuman bunga segar menuju ke pelamin indah bahtera dunia... Hatiku menguntum rasa bahagia yang kian memekar semekar hiasan mawar merah yang menjadi hiasan pelamin indah kami...
Semua tetamu memandang kagum ke arah kami...
Aku yang mengenakan gaun kembang berwarna hijau lumut yang menampakkan sebahagian tubuh badanku tersenyum bangga... Alhamdulillah..kecantikan ini kurniaan Ilahi...
Semasa acara bersanding ini, aku telah menukar beberapa jenis gaun pengantin yang pelbagai warna dan yang pasti ia begitu mempesona ditambah lagi dengan bentuk tubuhku yang begitu sesuai menggayakan gaun ketat dan terdedah itu.
Apa-apapun,janji tetamu kagum dengan kecantikanku pada malam bahagiaku ini...
Para tetamu juga kelihatan gembira apatah lagi ketika menari beramai-ramai di ruang hadapan pelamin...

Klik!Klik!Klik!
Di setiap sudut pelaminku,kelihatan pancaran lampu daripada pelbagai jenis kamera para tetamu.
Sudah tentu mereka kagum dengan kecantikanku sebagai raja sehari pada malam ini...
Acara persandingan kami ini juga diserikan lagi dengan acara memotong kek, suap-menyuap antara aku dan suamiku, sesi bergambar dan pelbagai lagi...
Ahh,, bahagianya aku...

WoooOoO~ Stop,stop sis... Fuhh~ bahagia sangat pengantin baru kita ni ehh..
Ops! cik abang cik kak :D
Pada musim cuti ni, ana terima banyak kad jemputan kahwin... dari utara,selatan,timur dan baraaaatttt ku jejaki~~ Upsss~ tu lagu Allahyarham Sudirman :)

Cenggini kawan-kawan~
akhawat sedar tak,sesetengah majlis yang kita hadiri tu ada unsur-unsur maksiat yang sepatutnya tidak berlaku dalam satu majlis barakah iaitu walimatul urus yang bertujuan untuk menghebahkan perkahwinan. 
Kan menghebahkan perkahwinan tu baikk, tapi menghebahkan siapa cowok/cewek tu tak baikk yaa adik2.. hahaha~ maaf,andai ada yang makan cili :D Malah,kita sebagai orang Islam adalah wajib untuk memenuhi/menghadiri jemputan. Tak kiralah, jemputan kahwin ka, kenduri ka, kematian ka... eh2,kematian ada kad jemputan erk? Amende peah ni merepek :D
Tapi~ Tapii~ Tapiii~
Kalau sesuatu majlis tu dah ada unsur-unsur kemaksiatan seperti pergaulan yang tidak terbatas antara lelaki dan wanita, tari menari, pembaziran, pengantin mendedahkan aurat (tak kiralah pengantin ka,tetamu ka, tak ada pengecualian) dan sebagainya, maka kita tidak wajib menghadiri majlis tersebut.

Individu A : eh? kenapa pula x wajib datang majlis kahwin yang macam tu? Kan dalam Islam kita diwajibkan untuk menghadiri majlis jika kita dijemput?
Individu B : eh,peah? Mazhab mana kau pakai ar? Nta2 kau ni mengamalkan ajaran sesat... Ish,takut aku layan kau ni..
Individu C : Eh,iyakah cik Bedah oi? Kenapa tak bagitau awal2,majlis macam tu tak wajib datang? Habislah timbangan dosa aku dah berat dah.. Aku dah lah sakan menari kat majlis perkahwinan ni... Astaghfirullah al-'azim~ Taubat dah aku Bedah oii~

Cuppss!! Kita nak jadi individu yang mana? A? B? C? till Z? hoho.
"Tentulah nak jadi individu yang sentiasa mengamalkan amar makruf nahi munkar... Tapi, macam mana kita nak hapuskan adat dan kebiasaan masyarakat kita ni? Bukan perkara senang bro~ "

Hemm~ memang bukan perkara mudah. Ana tidak mampu menghapuskan semua kebiasaan masyarakat ini dengan hanya menyebut : "Tek-kuma-kuma-ya-kon, Tek-kuma-kuma-ya-kon, hapuskan semua kebiasaan ini.." / Ataupun, dengan hanya berkata : "Penghapusan maksiat no jutsu! Haiyyyaa'~ Gambatte-bayo!"
Sebab,ana bukanlah seperti Akko-chan mahupun Uzumaki Naruto. hehe :)

Memang tidak mudah, tetapi kita boleh ubah sedikit demi sedikit seperti mencadangkan majlis yang serba sederhana kepada saudara mara kita ( majlis sendiri pun lagi baikk!! :D ) dan sebagainya lah yang anda2 rasa rasional erk.. hehe.
Memang ana akui, hal2 yang melibatkan usaha merubah pandangan masyarakat sangat sukar sebab melibatkan pelbagai pihak,bangsa,keturunan dan sebagainya..
memang membuatkan kita fening kefalaa~ hihi..

Pendek kata, macam nilah... Fikirkan macam ni~
Kita dah buat perkara baik dengan membina masjid. Ini adalah ibadah yang mulia kerana melalui perkahwinan kita dapat melahirkan zuriat yang akan meneruskan agama kita ini, dapat meneruskan sunnah, dapat menjauhi zina, dan sebagainya~ 
Cuma, andai pada awal perkahwinan lagi kita sudah melakukan pelbagai perkara yang sia-sia malah membawa dosa (spt contoh majlis di atas), di mana lagi kesucian majlis barakah walimatul urus itu? Kita mencari keredhaan Ilahi, bukannya kemurkaan Ilahi :)

Maka,renung2kan dan selamat menjadi pemikir yang hebat dan pelaksana yang amanah. Kena ingat,kita adalah khalifah di muka bomi ini... Kita akan ditanya nanti,apa yang sudah kita usahakan untuk agama kita? Pada saat itu, mulut akan terkunci, hanya amalan kita yang menjawab. Tiada lagi pembohongan, tiada lagi dusta..

psst,psst~ bukan nak ngorat yaa.. haha. Cuma nak pesan, andai ada apa2 yang perlu ditambah ataupun yang salah pada coretan mengarut ana ni, tolong bagitau cepat2 yaa~ Bersama kita kongsi ilmu  :)
Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment