Tuesday 11 December 2012

Baby tu cutee sggtt~ tapiii,, sayangg~

Assalamualaikum...

Ana jumpa anak kawan mama ana tadi...
Subhanallah,,, So cute~
Pipi dia tak panya cakaplah betapa punya chubby... Badan lagi, lemak berlipat-lipat!
Oh nooo~ geram! cumyyll yg teramat.
Ana pun dukunglah. Siap acah2 budak tu supaya nampak gigi dua batang dia tu.. haha..
Sedang ana dukung + cubit2 pipi gebu mulus dia tu, ana tersentuh sesuatu...
Mula2 tu ana nak biarkan jak,tapi tiba2 'benda' tu tunjukkan diri...
Jeng,jeng,jeng~
Ya Allah~ Astaghfirullah al'azim~
Najis? 
Kalau najis,ana lagi sanggup ana terpegang nangis baby tu berbanding 'benda' tu...
So? Apa erk?
Hmm~ sesuatu yg berbungkus kain hitam kemudian dipinkan dibaju baby tu... Apa orang panggil? Tangkal?
"Mak cik, sejak bila lagi si Junior ni pakai tangkal ni?"
"Sejak dia baru lahir lagi... Hari pertama lagi mak cik dah pakaikan."
"Oh~ Umur dia dah berapa erk sekarang?"
"Dah nak masuk lapan bulan"
"Oooohhhhhh"
Ooooohhhhhh~ maka,dah hampir lapan bulan jugalah baby tomei yang tak berdosa ni telah dibesarkan dengan salah satu bentuk adat yang berbentuk syirik. hee~


Macik A : Nak~ tangkal tu bagus tau... Tu sebagai pelindung kepada bayi tu. Hantu tu pun tak nak dekat.
Macik B : Tangkal tu baik sebenarnya~ Bukan saja2 orang tua nak sangkut kat badan budak tu. Tangkal tu boleh jauhkan penyakit daripada terkena budak tu.
Macik C : Tangkal bukan syirik nak, tangkal ni adat kita dari zaman datuk nenek moyang kita lagi tau. Biar mati anak, jangan mati adat.

Hohohoyy~ Ya meyh macik2?
Kenapa agak pelik di situ~ haha.
Syirik.
Syirik itu bukan sahaja dengan kita menyembah berhala, menyekutukan Allah dan sebagainya yg sewaktu dengannya... Syirik itu banyak malah terlalu banyak! Maka berhati-hatilah~
Tanpa kita sedar, seharian kehidupan kita telah dikelilingi dengan pelbagai kegiatan yang boleh membawa kepada syirik. Astaghfirullah~
Nak kita hujahkan syirik di sini, takut ana tersalah memberi maklumat kerana syirik ini dalam bahagian aqidah. Maka kita semua boleh bertanya kepada yang lebih 'alim :)

Pendek kata, kehidupan manusia sebenarnya dikelilingi pelbagai unsur-unsur kemaksiatan,salah satu contoh berkenaan dengan tangkal itu tadi.
Jika kita kaitkan dengan demam dunia sekarang mengenai hedonisme para belia,kita sebenarnya boleh mengaitkan masalah ini dengan gaya hidup kita. Bagaimanalah seseorang individu tersebut tidak cenderung kepada kemaksiatan jika sejak kecil lagi sudah dibesarkan dengan pelbagai kepercayaan nenek moyang yang sebenarnya membawa kepada syirik? Ana tidak mengatakan semua, tapi kebanyakan manusia lebih percayakan tangkal,benda2 tahyul dan sebagainya sebagai pelindung diri. Di manakah keimanan kita kepada Allah yang Maha Mencipta segala sesuatu? Allahu robbi~ 

Apa2 pun, berusahalah kita hidup dalam bersyariat agama... Islam itu tidak terhad kepada mereka yang mengetahui, tetapi Islam itu adalah untuk semua. Maka, jangan malu dan segan untuk menjadikan Islam sebagai gaya hidup kita :)

Jika ada yang tersilap, sila tegur yaa. Sama2 kongsi ilmu :) Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment