Monday 14 January 2013

Apa Sudah Kusumbang Kepada Agamaku?



Assalamualaikum~
Auuuchaakkk!
Hoho~  Lama sudah tidak mengarut.  Hari ini, pada tengah-tengah malam yang agak kelam dan seram (wuuuooohh), tetiba mau mengarut.

 Mengarut pasal apa arr? Berfikir lima saat~
A'haa!
Kengkawan,boboi gegirl~

Pernah tak duduk di tepi tingkap ( aish! tak kesah laa nak duduk mana pun ), tengok keindahan alam ciptaan Allah, dan berfikir sambil bertanya kepada diri sendiri :

Apa sudah kusumbang kepada agamaku pada hari ini?

Pernah tak?
Ana : tak! sangat jarang. ( boleh kata ada juga ka tu? )

Fe'ah 1 : Uishh~ tak banyak lagi amalan aku nak syahid.  Lagipun xda duit nak pi Palestin ka, Rohingya ka, Syria ka...
Fe'ah 2 : Alaa~ ustat ustajah kan ramai.  Dah tugas dorang,, dorang jala yang sumbang untuk agama...
Fe'e 1 : Aku bukan tak nak sumbang buat agama, tapi pengetahuan aku dalam agama ni cetek ja.  Baik diam diri jala kan?
Fe'e 2 : Err~ nak sumbang apa? Duit,aku xda duit.  Elaun pun tak kuar lagi.  Makanan,aku pun beli tapau bahagi dua dengan roommate.

Fe'e~ Fe'ah~
Sumbang (pincang) agama kalau para belianya berfikir macam ni. haha.
Memang sangat 'menyumbang'lah kita kalau berfikir macam ni...

Mari pejam mata seketika.  Letak tapak tangan kanan kat dada sehingga rasa denyutan jantung diri. 
Dup Dap, Dup Dap~
Fikirlah, bila denyutan jantungku ini terhenti? Adakah sempat aku menatap keindahan alam pada hari esok? Adakah aku siap menghadapi kematian? Meninggalkan kebun amalan yang sepatutnya aku sudah semai benih-benih amalan agar aku dapat tuai hasilnya di akhirat nanti... Bersediakah aku?

Berapa banyak dosa yang telah kulakukan selama ini? Sempatkah aku menyucikannya? Apakah yang akan kuhadapkan apabila bertemu dengan Khaliqku nanti? Adakah aku akan membawa hasilnya di akhirat kelak?
Allah~

Akhawat~ :')
Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menaikkan lagi agama kita yang sememangnya sudah hebat ini. Caranya bukan dengan beralasan tetapi dengan amalan.
Dakwah itu boleh saja dalam bentuk seruan, lisan, bacaan, tulisan dan pelbagai lagi.
Hatta mem-post atawa men-share benda2 yang berfaedah di fb pun juga boleh dikira dakwah. Apalah susahnya kita klik butang 'share' untuk benda2 yang baik? Ia bukan saja peringatan buat diri malah berjuta-juta orang yang ada fb. Mungkin saja mereka akan menghebahkan kepada orang lain.
Tapi hairan jugakan? Butang share untuk benda2 berfaedah xnak klik, tapi buat status untuk segala aktiviti rajin ja? Hatta nak mandi pun nak bagitau. Hayya'!

Orang sekarang dah malas nak duduk lama dalam masjid dengar ceramah. Orang sekarang lebih rajin duduk depan fb berjam-jam, jadi stalker pula tu. Terutama kalau kita ada minat kat seseorang. Haaaa~ Sapa tu? Sapa tu? Cuba senyum sikit (^-^)  (Jangan pula lepas ni kosong masjid) hehe~

Cuba bayangkan :
Kita ada beribu-ribu teman dalam fb. Kita post status : ' Let says Alhamdulillah '~
Kan kuar kat home dorang. Kalau dorang terbaca status kita tu, secara tidak langsung mereka juga turut berzikir Alhamdulillah~
So, dalam kesibukan dorang ber'fb' bagai menguruskan hal benua dunia, terselit jugalah zikir di hati mereka :)
InsyaAllah~

Bukan itu saja. Banyak lagi perkara lain yang boleh kita buat untuk agama kita. Buat program ka, ajar anak-anak jiran pasal agama ka, macam-macamlah~

Akhirul kalam~ ( aish? macam gantung pula? ) hehe. Maaflah, kemengantukan melanda mata ana. haha.
Nah, tengok tu. Nak tidur pun bagitau. Allah~ Berat2~
Hehe.

Sama-samalah kita memartabatkan agama Islam sebagai agama yang syumul. Peruntukan masa kita buat agama. Sesiapa yang membantu agama Allah, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga :)
Jom sama-sama ke syurga? :) InsyaAllah~

Assalamualaikum :)
( Suka ana katakan, andai ada kekurangan, sila tegur :) Alfu syukran 'alaikum :)