Tuesday 28 May 2013

Pesan Mama... ^_^

Assalamualaikum...

hahaha... dah mula dah tangan ni gatal lagi nak menaip. eleee,, tangan kita sendiri juga pun...
'Tapi masih milik mutlak Allah yaa Haida'
Gulp! Gulp! Gulp! eh? suara siapakah itu? 
Ehehehehe~ Cik hati Haida sendiri rupanya.. Alhamdulillah, masih juga si hati ini sedar status dirinya. ahah.

Kacha!
haha. rasa nak gelak golek2 ala bollywood jak bila ingat peristiwa perkataan kat atas ni. teman sekelas yang sangggatttlaaaa dikasihi itu menyamakan perkataan comel mungil tu dengan bunyi kacang?! How dare u? haha. Peristiwa apa, biarlah hanya tersembunyi di lipatan langsir kelas tampat dia selalu simpan gelak tu. haha. nampaknya terlebih syarah pula untuk sebiji word tu.

Okeh! Okeh! kembali ke pangkal cerita.
Nak dijadikan cerita ni... Pada suatu pagi yang mulia dan aman damai itu, memang kebiasaan akan ada hari 'cerita dari hati ke hati' sedunia buat ana dan mama. haha. dan pada kali ini, kata2 mama memang membuat ana terus terpaku kat dinding. (fuyyohh... dahsyat!)

kata mama : Ida, tak perlulah nak bercinta dulu buat masa ni. (Kcakh!!bunyi pecah kaca ja gamaknya)
ana : kenapa mama? *mama diam sebentar.
mama : tak sanggup tengok anak mama kecewa. (mama senyum)
ana : haha. ada2 saja mama ni. (turut senyum juga)
mama : lepas ida habis belajar dan ada kerja barulah cari pasangan yaa?
ana : (berfikir sejenak) emm... InsyaALLAH maa :) (ana senyum lagi)
mama : bunyi macam tak setuju jaa?
ana : hehe. ish! xdala mama. ida okeh sejja :)
mama : dah ada pilihan hati ka ida ni?
ana : ('ada ma. tuu yang ida duk selalu tenung kat laptop. haha. Astaghfirullah)' - kata2 ni hanya mampu terluah di dalam hati saja. *kebisuan ana sahaja yang membalas pertanyaan itu.
mama : ida masih ingat kisah lepas tu erk?
ana : kisah mana lagi ni ma? ada2 saja la mama ni. merajuk nanti.
mama : alaaa...kawan ida yang sama..........................
ana : ma, buah ni nak letak kat mana?
mama : letak kat bawah tangga, ida. Aish, budak ni. buah tu nak letak mana lagi kalau tak kat peti sejuk. 

*opsssss!!!!!! ABUDEN!!!

ana : hehe. *senyum macam tak cukup panjang pipi.
mama : ingat kisah lalu laa tu... ni lah sebabnya mama tak bagi ida ni bercinta dulu atau nak fikir kawen awal. bukan mama tak tau kebaikan kawen awal, mama pun kawen awal juga dulu. tapi lelaki sekarang ni, cakap tu gula saja lebih, yang benarnya tak banyak mana pun. 
ana : *membenarkan sangat2 dalam hati. tapi ni bukan bersifat anti-lelaki yaa adik2. ^_-
mama : mama risau xada yang boleh faham perangai anak bongsu mama ni. *aku sengih bak buluh perindu. aik?adakah pribahasa macam tu? haha.
ana : insyaAllah maa.. ida pun taklah kemaruk sangat mau bcinta awal bagai ni. hihi. serik sudaa.. hihi
mama : mama harap jodoh ida nanti yang soleh, baik2, yang paling penting dapat tahan perangai anak mama ni. *mama senyum penuh makna yang sangatlaaaa sedap untuk dikenang. alahaiiii mamaaa~
ana : aamin. insyaAllah ma klu Allah ada takdirkan jodoh di dunia :)

maaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! i love u so muchhh.. hihi.
insyaAllah maa... ida akan ingat pesan mama. 


SAYANG MAMA!



Puasa Vs Cinta???



Assalamualaikum :)
Senyum, tak perlu kata apa-apa ^_^

Hari ini ana mau mengarut. Ana baru dapat cerita baru...
BANANANA~

Alhamdulillah,, hari ini ana diberi kekuatan untuk menyertai usrah dan dapat 'bugem' (bulatan gembira) yang baru.. yeaaahh~
Satu program yang amat simple namun pengisiannya sungguh bermakna :')

Besalah, dalam program yang macam tu pengisian tu hampir sama ja. Tapi,tapi,tapi~
Tadi baru ana mendapat kefahaman kenapa Allah menyuruh kita untuk berpuasa jika kita tak mampu untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri :)
Agak sweet kakak naqibah tu tadi membicarakan tentang cinta yang sebenar cinta.

"Cinta itu indah. Malah teeeerrrrsangaaat indah. Cinta itu adalah fitrah manusia tanpa mengira agama, bangsa, darjat dan sebagainya. Islam datang bukan untuk mencantas fitrah cinta tapi adalah untuk mengajar kita bagaimana untuk mengurus fitrah cinta kita pada saluran yang betul dan semestinya diredhai Allah :)"

"Apa sebenarnya cinta yang baik dan apa sebenarnya cinta yang buruk?- Cinta adalah cinta! Jika kita bercinta cara halal, maka halal lah ia, jika kita bercinta cara haram, maka haramlah ia"
Just simple! Make it easy!

" Apa tu cinta halal? perlu ada pengesahan daripada jakim or perlu ada cap halal ka?"
NO!
Tak perlu susah-susah :) Minta pengesahan daripada wali saja :)

Haha, ni dah lebih mengarut dah ana ni. haha. oke,cenggini...

Fenomena couple ini sudah biasa lah buat kita ni. Pergi mana pun ada ja pasangan couple kan?
Tapi nak tau tak? Couple ni bukanlah satu fenomena biasa, tapi sangat2 luar biasa!
Kenapa?
Sebab dalam Islam ada nikah ja, mana ada couple. So, dari mana sebenarnya menatang couple ni datang?
haha. Mudah jerr~ Sangat mudah! Dari Syaitan :)
Jeng Jeng Jeng~ Jangan sentap.

"Kenapa pula? Sedangkan itu fitrah manusia yang berkeinginan untuk mencintai dan dicintai. Aish! Tak faham betullah aku dengan kau ni!"

Yeah,betul,memang betul itu fitrah. Tapi perlu diingat, fitrah itu perlu ada satu kaedah pengurusan yang betul supaya tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar. Sebab itulah kenapa datangnya Islam. Islam ingin memperbetulkan aqidah kita. Sebab itulah Islam mensyariatkan nikah :)
Allah yang cipta fitrah itu, Allah juga yang mencipta jalan untuk kita mengurus fitrah itu.
Iaitu dengan nikah.
Allah Maha mengetahui segala sesuatu kerana ciptaan sebesar-besar zarah pun adalah ciptaan-NYA :)
Apatah lagi perasaan fitrah ni. Allah Maha Mengetahui. So, jangan risaulah. 

"Hang gila apa? Hidup pun minta duit mak bapak. Elaun lagi. Ada hati nak kawen. Couple lah dulu. Kawen tu nanti-nanti ja bila dah ready. Bila dah mampu"

Haaaa~ sebab nilah kenapa Allah perintahkan kita untuk berpuasa bagi yang tidak mampu untuk menikah lagi. Setiap masalah ada solusinya. Allah kan Maha Bijaksana! Subhanallah!

"Apa kaitan puasa dengan couple pastu nikah?Peliknya. Kenapa cinta tak dikaitkan dengan couple? Kan lebih hampir kepada nikah? Kenapa puasa?"

Kalau ditanya tentulah kerana ingin menahan nafsu. Puasa kan menahan nafsu kita daripada makan, minum, mengumpat, berzina etc. Pendek kata menahan nafsu kita daripada melakukan sesuatu yang tidak baiklah. Puasa kan boleh melatih kita untuk bersabar dan menahan nafsu. Ada kaitan kan? Sebab couple tupun merupakan satu bentuk nafsu. Antaranya, nafsu ingin mencintai dan dicintai. Tapi salurannya ini sudah salah kerana kita mencintai dan menyintai seseorang yang belum halal lagi buat kita.

Betulkan? Ini kan jawapan yang selalu kita dengar. Subhanallah! Excellent! 
Tapi ana ada mau tambah sikiiiiit~
Ini pun ringkasan daripada kata-kata kakak2 fasi usrah tadi. hehe.
Kantoiii~

Selain menahan nafsu, ada lagi kaitan cinta ni dengan puasa. Curious tak nak tahu? hoho.

"Nikah ni nikmatnya seperti kita sedang berbuka puasa. Bayangkan, kita dalam keadaan berpuasa. Semua kita mahu bila kita berjalan-jalan di bazaar. Nak tunggu waktu tu lagi punyalah seksa. Namun bila sudah masuk waktu, kita teguk segelas air kegemaran kita, fuuuuuhhhh~ Nikmatnyaa!!!"

Cuba kita letakkan situasi kita dalam keadaan berpuasa. Kita menahan diri daripada couple yang memberi jalan kita untuk mendekati zina. Kita berjalan-jalan di bazaar umpama kita menjalani kehidupan seharian kita yang penuh dengan godaan dunia. Kita menunggu masa berbuka umpama kita menunggu saat yang tepat yang telah Allah tetapkan untuk kita nikah. Bila sudah tiba masa kita berbuka dan kita teguk minuman kegemaran kita umpama kita merasa nikmat indahnya bercinta selepas nikah.
Subhanallah! Indahnya perancangan Allah!

Yaa Akhawat :)
Keindahan Islam itu telah Allah ciptakan semata-mata untuk kita. Untuk kita hambanya. Atas dasar apa lagi kita ingin menolak dan menafikannya dengan berterusan meningkari suruhannya?
Memanglah mujahadah itu pahit, kerana Allah telah menyediakan syurga yang teraaaammmmatt manis sebagai hadiahnya :')
Baik tak Allah? Allah tak kejam, malah Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah sangat cemburu kepada kita apabila kita lebin mencintai sesuatu daripada DIA... 
Jangan sampai Allah murka kepada kita dan terus menarik segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita. Hatta sehembusan nafas itu juga nikmat. FOC = free of charge!


Hehe. Minta maaf yaa :) Ana cuma menyampaikan apa yang ana dapat daripada apa yang ana dengar. Jika ada kesalahan, cepat-cepat tegur yaa. 


Assalamualaikum~



Aku juga punya mata hati~

Assalamualaikum...

Sudah agak lama juga ana tidak mengarut kat dada blogger ni...
Adalah dalam 5 bulan.. Fuyooooo~~
Santai gilerr.. lima bulan tuuuuhhh~
HHEHE~ (sengih macam kerang tak cukup basi) hoho.

okeh, okeh~
Ana mengaku khilaf ana. sibukkan diri dengan benda lain.
Benda apa tu Haida oiiitt?
Aish! Esaimen laaa.. awokkk nii... tak baik su'u zhon tau -_-
banar kah tuuu?
awukk.. banar tah laii...
iya meh?
kachik! kachik! (mata si Haida kelip-kelip. lalu mulutnya ditarik ke kiri ke kanan. membentuk senyuman menawa*) ohok! ohok! tu tak masuk skrip tu. tu just tambahan anak jin ifrit yang duk menggoda ana nak beratkan timbangan sebelah kiri ni. ahaha! kesian kau anak jin. kau pula yang dipersalahkan. ngeehehe.

Biasalah tu (kalau tak buat dari dulu, xdanya jadi benda yang biasa,Haida) remaja darah muda. 
Movie, novel, komik, fb dan segala bagai benda2 alergik ni sinonim jak dengan kami yang berjiwa remaja. Ehem! Eham!
Ops!!! Bukan kami tapi ana. haha.
Kot2 ana jak yang ada tabiat luar alam lagi tidak bertamadun ni. hahaha.

Si Haida ni...
minat laa sangat dengan novel, komik, sedekah masa untuk tengok movie dan drama ( korea n Jepun opkossnyaa~)
Dalam kepala ni hanya tahu sedekah masa untuk benda2 macam tu saja. Takdanya diwaqafkan untuk sebarang benda yang berfaedah.

Haida 1 : eh! eh! sesedap maggi tom yam jak ko kutuk diri sendiri.
Haida 2 : Aik? Bukannya benda betulkah?
Haida 1 : Sapa kata takda buat kerja berfaedah langsung? Adalah..
Haida 2 : Adakah? Cuba sebut dulu..
Haida 1 : em.. baca buku agama. buka blog org lain cari tahu pasal agama. cerita atau tanya kawan2 pasal agama. em.. ada lagi tapi terlebih telan semut kot. Lupa! hehe! (maaf en.semut)
Haida 2 : Ish! Ish! Memanglah ada. Tapi semua tu untuk exam kan?
Haida 1: Gulp! Gulp! Gulp! Eh? Amacam ko boleh tau pula ni?
Haida 2 : Sebab kita ni sama. Tinggal tempat yang sama. Kita nilah hati kepada Haida yang dok menaip tu (macam mau tercabut sejja tu keybod. Amboi, bunyi menaip. macam tak sayang laptop)

Haida sebenar : Kot2 lah ada orang mau sedekah duit untuk belikan ana laptop baru lepas tengok Baby Samsung ana yang dah mulai sakit-sakit ni. hoho.

Aish! terus jakla ke pangkal jalan. Ana sebenarnya nak kongsi satu rasa. dan dalam rasa tu ada pelbagai jenis rempah ratus (tak pun sampai seratus) yang bergaul menjadi satu. 

Aku juga punya mata hati :')
Sungguh dalam sebenarnya maksud yang bertapuk (bersembunyilah) di sebalik ayat tu.

Siapa yang tak jeles tengok kawan2 lebih banyak pengetahuan pasal agama?
Siapa yang tak iri melihat teman2 lebih banyak tahu riwayat2 para nabi dan rasul, para sahabat, para abid dan sebagainya?
Siapa yang tidak cemburu melihat teman2 lebih banyak menghafal ayat2 al-Quran, Hadith, kata2 para mujahid Islam amnya?
Siapa yang tak terkebil-kebil mendengar teman2 berbahasa Arab seperti air terjun mengalir dari atas bukit ke batu? (chewah!) 

Ya! Ana sudah tentu sangat iri. kenapa?
Sebab ana tidak begitu mendalami dan menghayati. 
Lagi satu, (ntahla) ana ada masalah ingatan sikit. hihi (bole terima ka alasan cucur udang ni? haha)

Ntalah... Hati kotor sangat kot. Fikiran ni asyik nak menggoda buat dosa saja tiap hari. Ada saja mau terasa dengan kata2, pandangan, jelingan dan segala bagai daripada orang lain. hemm~

Maaf teman2 :(
Mesti tak tercapai dek akalmu mengenali teman seperti si Haida ini. Perubahan angin monsun tak tentu pasal, kadang kala jadi pendiam tahap bisu, kata2 pedas seperti baru telan cili bertan-tan, kadang kala ketawa seperti dunia Haida dah sewa. hehe.

Tapikan, tapikan~
Ana ni sebenarnya ada juga degilnya, kerasnya. hihi. memang bukan jenis wanita "baik bang" "iya bang" macam dalam wayang xisteri2ku gengster tu. hihi. Brutal2 ana ni (brutal laaa sangat~) masih ada juga perasaan ingin dimanja oleh keluarga dan teman2. Dimanja tu merujuk kepada difahami yaa adik2. hoho. Mungkin teman2 berniat baik nak merubah ana kepada muslimah sejati (tak gitu?) Tapi, kepada orang yang keras macam batu kat Batu Pahat tu (apa kaitan?), mungkin kami memerlukan pendekatan yang agak brutal juga kot? Ntahlaa.. Memang sah, terang lagi b'spotlight, hati ni dah kotor sangat. (Astaghfirullah al'azim) Ana memang tak makan saman kalau teguran spesis sindir2 ni. hihi. (Maaf andai ada yang terasa) Tidak perlulah di pasang ceramah segala bagai ketika ana sedang sakan bercerita dengan teman lain mengenai hal2 duniawi. Cukup dengan berkata yang elok2 (gaya brutal lagi diterima). Tidak perlulah dijajah dan dicanang cerita ana (cerita lama khususnya) kepada orang lain sehingga menjemput orang lain bersama-sama memberi jelingan maut kat Haida yang lemah ni.

hemm.. Ana tak berani kongsi lebih2. Cukup sekadar sipih2 bahasa mengeluarkan bahasa dari jiwa. Takut pula post ini membawa kepada hal yang buruk. (Nauzubillah!) Mungkin ana ini tidak sealiran pemikiran ataupun cara dengan sebahagian teman yang lain tapi kita ini seakidah (insyaAllah!). tidak perlulah dikata diri ini sekular, plural, dan pelbagai virus isme2 tu. Nta, ada atau tidak haq ana untuk berkata begini : "usah dilihat luaran orang lain. Jangan dihukum perbuatan orang lain andai diri sendiri itu masih bergelar dan masih mahu digelar hamba. Hamba kepada Allah tentunya.

Teringat kata-kata seorang sahabat yang banyak sekali membantu, memberi ana pandangan, memberi ana sokongan ketika sebahagian sahabat lain seolah-olah sudah bosan dengan ana. kata2nya berbunyi begini (adala ana edit sedikit, tapi maksud tetap sama): Haida perlu ingat, setiap kata2 yang lahir dari mulut kita ini adalah tanggungjawab kita. tidak mustahil apa yang kita pernah tegur orang lain itu pula akan diuji kepada diri kita. Jika ingin nasihat orang lain, nasihatlah seadanya. Biar sederhana asalkan ada impaknya.

Ya Sahabat! Ana sentiasa menyemat di lipatan hati setiap kata2 semangatmu ketika ana pernah jatuh tersungkur dan hampir saja mengalah menyerah. 

Tidak! Bukan!
Tidak sama sekali ana mendoakan bahawa apa yang teman2 katakan pada ana akan berbalik kepada kalian.
Bukan niat ana untuk menakut-nakutkan atau membalas kembali apa yang telah terjadi kepada diri ana kepada diri kalian.

Cukuplah sekadar perkongsian agar kita sentiasa sama2 beringat. Beringat bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Allah. Sama ada ana atau kalian, kita hanyalah wasilah dalam perancangan Allah. Perancangan apa? Biarlah Allah sahaja yang mengetahui.

Sob sob sob :'(
Aik? Kenapa awal2 tadi ceria saja lebih, last2 agak meruntun jiwa raga pula. huhu. kunun.
Bah, sudahlah. Takut pula ada empangan pecah. Banjir karang, tak banyak kontraktor yang mampu membaikinya.
(kerana Haida ni sangatlaa cerewet dalam pemilihan orang yang boleh memujuknya) hihi.

Orait. Ana susun sepuluh jari memohon kemaafan. Maaf, banyak salah silap ana selama ini. Semoga Allah terus membuka hati2 kita ini kepada kebenaran dan menerangi hati gelap ini dengan nur hidayah-Nya. Aamiin 44x. hahax.

Tak apa, semua ni akan berlalu juga...
(Aplikasi kata2 untuk minggu menghadap demam esaimen) hihi.

Roger n out! Assalamualaikum~~