Tuesday 11 December 2012

Baby tu cutee sggtt~ tapiii,, sayangg~

Assalamualaikum...

Ana jumpa anak kawan mama ana tadi...
Subhanallah,,, So cute~
Pipi dia tak panya cakaplah betapa punya chubby... Badan lagi, lemak berlipat-lipat!
Oh nooo~ geram! cumyyll yg teramat.
Ana pun dukunglah. Siap acah2 budak tu supaya nampak gigi dua batang dia tu.. haha..
Sedang ana dukung + cubit2 pipi gebu mulus dia tu, ana tersentuh sesuatu...
Mula2 tu ana nak biarkan jak,tapi tiba2 'benda' tu tunjukkan diri...
Jeng,jeng,jeng~
Ya Allah~ Astaghfirullah al'azim~
Najis? 
Kalau najis,ana lagi sanggup ana terpegang nangis baby tu berbanding 'benda' tu...
So? Apa erk?
Hmm~ sesuatu yg berbungkus kain hitam kemudian dipinkan dibaju baby tu... Apa orang panggil? Tangkal?
"Mak cik, sejak bila lagi si Junior ni pakai tangkal ni?"
"Sejak dia baru lahir lagi... Hari pertama lagi mak cik dah pakaikan."
"Oh~ Umur dia dah berapa erk sekarang?"
"Dah nak masuk lapan bulan"
"Oooohhhhhh"
Ooooohhhhhh~ maka,dah hampir lapan bulan jugalah baby tomei yang tak berdosa ni telah dibesarkan dengan salah satu bentuk adat yang berbentuk syirik. hee~


Macik A : Nak~ tangkal tu bagus tau... Tu sebagai pelindung kepada bayi tu. Hantu tu pun tak nak dekat.
Macik B : Tangkal tu baik sebenarnya~ Bukan saja2 orang tua nak sangkut kat badan budak tu. Tangkal tu boleh jauhkan penyakit daripada terkena budak tu.
Macik C : Tangkal bukan syirik nak, tangkal ni adat kita dari zaman datuk nenek moyang kita lagi tau. Biar mati anak, jangan mati adat.

Hohohoyy~ Ya meyh macik2?
Kenapa agak pelik di situ~ haha.
Syirik.
Syirik itu bukan sahaja dengan kita menyembah berhala, menyekutukan Allah dan sebagainya yg sewaktu dengannya... Syirik itu banyak malah terlalu banyak! Maka berhati-hatilah~
Tanpa kita sedar, seharian kehidupan kita telah dikelilingi dengan pelbagai kegiatan yang boleh membawa kepada syirik. Astaghfirullah~
Nak kita hujahkan syirik di sini, takut ana tersalah memberi maklumat kerana syirik ini dalam bahagian aqidah. Maka kita semua boleh bertanya kepada yang lebih 'alim :)

Pendek kata, kehidupan manusia sebenarnya dikelilingi pelbagai unsur-unsur kemaksiatan,salah satu contoh berkenaan dengan tangkal itu tadi.
Jika kita kaitkan dengan demam dunia sekarang mengenai hedonisme para belia,kita sebenarnya boleh mengaitkan masalah ini dengan gaya hidup kita. Bagaimanalah seseorang individu tersebut tidak cenderung kepada kemaksiatan jika sejak kecil lagi sudah dibesarkan dengan pelbagai kepercayaan nenek moyang yang sebenarnya membawa kepada syirik? Ana tidak mengatakan semua, tapi kebanyakan manusia lebih percayakan tangkal,benda2 tahyul dan sebagainya sebagai pelindung diri. Di manakah keimanan kita kepada Allah yang Maha Mencipta segala sesuatu? Allahu robbi~ 

Apa2 pun, berusahalah kita hidup dalam bersyariat agama... Islam itu tidak terhad kepada mereka yang mengetahui, tetapi Islam itu adalah untuk semua. Maka, jangan malu dan segan untuk menjadikan Islam sebagai gaya hidup kita :)

Jika ada yang tersilap, sila tegur yaa. Sama2 kongsi ilmu :) Assalamualaikum~

Saturday 8 December 2012

Dosaku Di Malam Pertama

Ya Allah~
Syahdu hatiku... Akhirnya suamiku melafazkan kata yang begitu aku tunggu2...
Aku terima nikahnya, Nurhai~~~
Air mata menderu laju membelah rasa sedih dan gembira...
Akhirnya kami bersatu dengan izinMU...
Terima kasih Ya Allah...
Akhirnya dapat juga aku memenuhi satu lagi sunnah dalam hidupku... Alhamdulillah~

Tetamu sudah memenuhi ruang kanopi...
Pelamin yang dihiasi dengan warna pilihanku dan suamiku tersergam indah...
Mulut tetamu tidak henti-henti memuji keindahan di hadapan mata...
Aku dan suamiku diiringi si cilik yang kelihatan begitu comel menabur kuntuman bunga segar menuju ke pelamin indah bahtera dunia... Hatiku menguntum rasa bahagia yang kian memekar semekar hiasan mawar merah yang menjadi hiasan pelamin indah kami...
Semua tetamu memandang kagum ke arah kami...
Aku yang mengenakan gaun kembang berwarna hijau lumut yang menampakkan sebahagian tubuh badanku tersenyum bangga... Alhamdulillah..kecantikan ini kurniaan Ilahi...
Semasa acara bersanding ini, aku telah menukar beberapa jenis gaun pengantin yang pelbagai warna dan yang pasti ia begitu mempesona ditambah lagi dengan bentuk tubuhku yang begitu sesuai menggayakan gaun ketat dan terdedah itu.
Apa-apapun,janji tetamu kagum dengan kecantikanku pada malam bahagiaku ini...
Para tetamu juga kelihatan gembira apatah lagi ketika menari beramai-ramai di ruang hadapan pelamin...

Klik!Klik!Klik!
Di setiap sudut pelaminku,kelihatan pancaran lampu daripada pelbagai jenis kamera para tetamu.
Sudah tentu mereka kagum dengan kecantikanku sebagai raja sehari pada malam ini...
Acara persandingan kami ini juga diserikan lagi dengan acara memotong kek, suap-menyuap antara aku dan suamiku, sesi bergambar dan pelbagai lagi...
Ahh,, bahagianya aku...

WoooOoO~ Stop,stop sis... Fuhh~ bahagia sangat pengantin baru kita ni ehh..
Ops! cik abang cik kak :D
Pada musim cuti ni, ana terima banyak kad jemputan kahwin... dari utara,selatan,timur dan baraaaatttt ku jejaki~~ Upsss~ tu lagu Allahyarham Sudirman :)

Cenggini kawan-kawan~
akhawat sedar tak,sesetengah majlis yang kita hadiri tu ada unsur-unsur maksiat yang sepatutnya tidak berlaku dalam satu majlis barakah iaitu walimatul urus yang bertujuan untuk menghebahkan perkahwinan. 
Kan menghebahkan perkahwinan tu baikk, tapi menghebahkan siapa cowok/cewek tu tak baikk yaa adik2.. hahaha~ maaf,andai ada yang makan cili :D Malah,kita sebagai orang Islam adalah wajib untuk memenuhi/menghadiri jemputan. Tak kiralah, jemputan kahwin ka, kenduri ka, kematian ka... eh2,kematian ada kad jemputan erk? Amende peah ni merepek :D
Tapi~ Tapii~ Tapiii~
Kalau sesuatu majlis tu dah ada unsur-unsur kemaksiatan seperti pergaulan yang tidak terbatas antara lelaki dan wanita, tari menari, pembaziran, pengantin mendedahkan aurat (tak kiralah pengantin ka,tetamu ka, tak ada pengecualian) dan sebagainya, maka kita tidak wajib menghadiri majlis tersebut.

Individu A : eh? kenapa pula x wajib datang majlis kahwin yang macam tu? Kan dalam Islam kita diwajibkan untuk menghadiri majlis jika kita dijemput?
Individu B : eh,peah? Mazhab mana kau pakai ar? Nta2 kau ni mengamalkan ajaran sesat... Ish,takut aku layan kau ni..
Individu C : Eh,iyakah cik Bedah oi? Kenapa tak bagitau awal2,majlis macam tu tak wajib datang? Habislah timbangan dosa aku dah berat dah.. Aku dah lah sakan menari kat majlis perkahwinan ni... Astaghfirullah al-'azim~ Taubat dah aku Bedah oii~

Cuppss!! Kita nak jadi individu yang mana? A? B? C? till Z? hoho.
"Tentulah nak jadi individu yang sentiasa mengamalkan amar makruf nahi munkar... Tapi, macam mana kita nak hapuskan adat dan kebiasaan masyarakat kita ni? Bukan perkara senang bro~ "

Hemm~ memang bukan perkara mudah. Ana tidak mampu menghapuskan semua kebiasaan masyarakat ini dengan hanya menyebut : "Tek-kuma-kuma-ya-kon, Tek-kuma-kuma-ya-kon, hapuskan semua kebiasaan ini.." / Ataupun, dengan hanya berkata : "Penghapusan maksiat no jutsu! Haiyyyaa'~ Gambatte-bayo!"
Sebab,ana bukanlah seperti Akko-chan mahupun Uzumaki Naruto. hehe :)

Memang tidak mudah, tetapi kita boleh ubah sedikit demi sedikit seperti mencadangkan majlis yang serba sederhana kepada saudara mara kita ( majlis sendiri pun lagi baikk!! :D ) dan sebagainya lah yang anda2 rasa rasional erk.. hehe.
Memang ana akui, hal2 yang melibatkan usaha merubah pandangan masyarakat sangat sukar sebab melibatkan pelbagai pihak,bangsa,keturunan dan sebagainya..
memang membuatkan kita fening kefalaa~ hihi..

Pendek kata, macam nilah... Fikirkan macam ni~
Kita dah buat perkara baik dengan membina masjid. Ini adalah ibadah yang mulia kerana melalui perkahwinan kita dapat melahirkan zuriat yang akan meneruskan agama kita ini, dapat meneruskan sunnah, dapat menjauhi zina, dan sebagainya~ 
Cuma, andai pada awal perkahwinan lagi kita sudah melakukan pelbagai perkara yang sia-sia malah membawa dosa (spt contoh majlis di atas), di mana lagi kesucian majlis barakah walimatul urus itu? Kita mencari keredhaan Ilahi, bukannya kemurkaan Ilahi :)

Maka,renung2kan dan selamat menjadi pemikir yang hebat dan pelaksana yang amanah. Kena ingat,kita adalah khalifah di muka bomi ini... Kita akan ditanya nanti,apa yang sudah kita usahakan untuk agama kita? Pada saat itu, mulut akan terkunci, hanya amalan kita yang menjawab. Tiada lagi pembohongan, tiada lagi dusta..

psst,psst~ bukan nak ngorat yaa.. haha. Cuma nak pesan, andai ada apa2 yang perlu ditambah ataupun yang salah pada coretan mengarut ana ni, tolong bagitau cepat2 yaa~ Bersama kita kongsi ilmu  :)
Assalamualaikum~

Monday 3 December 2012

Tudung labuh,Tudung Ultraman



Assalamualaikum~
ente2~ Ana ada cerita la,, ini bukan cerita Ahmad Albab la.. Ini cerita benar la..
ahaha~ Once upon the time........
ngee :D


# Bagi tidak menimbulkan riak,bangga diri,ujub,syirik,takbur dan segala bagai perencah perasaan di hati mana-mana pihak yang bisa mewarnai hati dengan polkadott warna hitam, adalah lebih baik ana bercerita tentang kisah beliau tanpa menggunakan nama sebenar... 
Yezzzaaa~~


Hanna sedang berdiri menunggu giliran di dalam sebuah tandas awam.  Tiba-tiba datang seorang auntie yang agak comel lalu berdiri di sebelah gadis tersebut. Auntie tersebut melihat dari atas hingga ke bawah lagak mesin scanner pada penampilan gadis muda tersebut. Kemudian masuk lagi beberapa orang wanita yang perlbagai umur juga sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba~~

Auntie : Ayya ammoi, ini hujung tudung kau bakar kah?
Hanna : Eya auntie, tudung ni saya buat sendiri. Lebih mudah dan jimat kos. (Senyum :D)
Auntie : Ohh,eyaka? Kenapa tudung kau besar woo ammoi? Macam itu... arr.. Apa itu? aiyyyaa'~
Hanna : Macam apa auntie? ( Senyum lagi)
Auntie : Haaaa~ Macam itu Ultraman waa~ Kau tidak mau kasi pendek mehh? Potong kecil2 maa~
Hanna : ( Senyum yang paling manis lalu melihat orang sekeliling yang berada di situ juga turut mendengar percakapan mereka. Hanna hanya melihat sengihan sumbing. Hanna terus juga tersenyum)

Klak!!! Bunyi pintu tandas diselak. Satu pintu tandas terbuka. Yezza!! Giliran Hanna untuk masuk, tapiiiiii~~

Hanna : Auntie masuk dulu lah.. saya masuk kemudian saja.
Auntie : ( Dengan riak sedikit terkejut ) Kau tidak mau masuk kah ammoi?
Hanna : Tidak mengapalah Auntie.. Auntie masuklah dulu :) ( Senyum lagi )
Auntie : Oh, Terima kasih arr liang moyy... (Lalu Auntie itu masuk ke dalam tandas dengan lega)


Hehe~ ringkas saja. Tapi bagi sesetengah hati yang celik, mungkin antum akan faham kan? :)

Islam bukan terrorist! Islam itu indah. Islam itu bersederhana. Islam itu mudah untuk disampaikan ( walaupun di dalam tandas awam?hehe )

Tidak mudah untuk kita menarik orang ramai untuk berfikiran sama seperti kita. Tapi kita boleh berusaha, usaha yang lembut, bukan kekerasan :)